Hasil Carian Hadis Terjemahan Melayu
HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA solat jemaah BERJAYA MENCAPAI 320 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH BUKHARI SAHIH MUSLIM SUNAN AT-TERMIZI

231  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0642.
Dari 'Imran bin Hushain r.a., katanya: "Aku pernah berjalan sepanjang malam bersama-sama Rasulullah saw. dalam suatu perjalanan. Ketika hari hampir Subuh, kami berhenti, lalu kami tertidur hingga matahari terbit. Yang mula-mula terbangun ialah Abu Bakar. Dan kami tidak berani membangunkan Nabi saw.dari tidurnya, sehingga beliau bangun sendiri. Kemudian bangun pula 'Umar, lalu dia berdiri dekat Nabi saw. dan takbir keras-keras, sehingga Rasulullah saw. terbangun kerananya. Ketika beliau mengangkat kepala, dilihatnya matahari sudah terbit. Beliau bersabda, "Ayuh, berangkat!" Kami meneruskan perjalanan, sehingga apabila matahari telah tinggi, Rasulullah saw. berhenti, kemudian solat Subuh bersama-sama kami. Kecuali seorang lelaki, dia tidak ikut solat dan memencilkan diri dari kami. Setelah selesai solat Rasulullah saw. bertanya kepadanya, "Hai, Fulan! Apa sebab engkau tidak ikut solat bersama-sama kami?" Jawabnya, "Aku junub, ya, Nabiyallah." Lalu Nabi saw. menyuruhnya tayammum dengan tanah, dan sesudah itu dia solat. Kemudian, setelah kami meneruskan perjalanan kami kembali, Rasulullah saw. menyuruh ku berjalan lebih dahulu untuk mencari air kerana kami telah kehausan. Tiba-tiba kami bertemu dengan seorang wanita menjuntaikan kakinya antara dua buah mazadah (tempat air atau qirbah besar). Lalu kami bertanya kepadanya, "Di mana kami bisa mendapatkan air?" Jawab wanita itu, "Jauh, jauh sekali. Anda tidak akan dapat menemukannya." Tanya kami, "Berapa jauhnya antara kampung anda dengan tempat air itu?" Jawabnya, "Sehari semalam perjalanan." Kata kami, "Mari kita menemui Rasulullah saw." Jawabnya; "Rasulullah? Apa itu Rasulullah?" Sejak itu kami tidak membiarkannya lagi, sehingga dia kami iring sampai ke hadapan Rasulullah saw. Beliau bertanya kepadanya seperti apa yang kami tanyakan, dan dia menjawab seperti jawapannya kepada kami. Selanjutnya dia menceritakan bahawa dia mempunyai beberapa orang anak yatim yang masih kecil. Kemudian Nabi saw. menyuruh dudukkan untanya. Lalu Nabi menyedut air dari kedua qirbah itu dengan mulutnya, kemudian disemburkannya kembali. Sesudah itu unta disuruhnya berdiri. Lalu pasukan kami yang kehausan sejumlah empat puluh orang minum sepuas-puasnya. Bahkan kami mengisi semua qirbah kami, serta segala tempat air yang ada pada kami, kami isi sampai penuh. Begitu pula teman kami yang junub kami suruh mandi. Hanya kamilah yang tidak dibeli minum. Walaupun begitu, kedua tempat air wanita itu masih penuh seperti sedia kala, bahkan melebihi semula. Kemudian Nabi saw. bersabda, "Kumpulkan makanan yang ada pada kamu semuanya." Lalu kami kumpulkan sisa-sisa makanan yang ada pada kami, kemudian diserahkan Nabi saw. kepada wanita itu, seraya berkata: "Pulanglah anda! Berikan makanan ini kepada keluargamu. Dan ketahuilah, bahawa aku tidak mengurangi sedikit jua pun air yang kamu bawa." Ketika wanita itu sampai di kampungnya, dia bercerita kepada mereka peristiwa air yang dialaminya bersama Nabi saw. dan para sahabat beliau. Katanya, "Tadi aku bertemu dengan tukang sihir yang sangat pandai, atau mungkin sesungguhnya dia itu Nabi sebagaimana dia katakan." Setelah itu penduduk kampung itu masuk Islam semuanya, termasuk wanita itu, oleh petunjuk dari Allah berkat peristiwa yang dialami wanita tersebut."

232  
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0142.
ari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Ketika aku sedang berada di Hijir, orang-orang Quraisy bertanya kepada ku tentang peristiwa Isra'dan Mikraj. Antara lain mereka menanyakan data-data tentang Baitul Makdis. Aku sangat merasa kesulitan, kerana aku tidak dapat menerangkannya dengan baik. Lalu Allah memperlihatkan masjid itu kepada ku dengan jelas, sehingga aku dapat menjawab segala pertanyaan mereka dengan tepat. Aku teringat pula ketika aku berada diantara para nabi. Ketika itu Nabi Musa a.s. sedang solat. Dia seorang lelaki yang gagah perkasa, bagai kebanyakan lelaki Syanuah. Begitu pula Isa Ibnu Maryam sedang solat. Dia kelihatan mirip dengan Urwah bin Mas'ud Ats Tsaqafi. Ibrahim juga solat. Dia lebih mirip dengan sahabatmu ini-yakni diri dari Nabi saw. sendiri. Ketika waktu solat tiba, akulah yang mengimami mereka. Setelah selesai solat, lantas ada yang berkata, "Ya, Muhammad! Ini adalah malaikat penjaga neraka. Ucapkanlah salam kepadanya." Aku menoleh kepadanya. Tetapi dia telah mendahului ku mengucapkan salam."

233  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0490.
Ishaq bin Musa Al Anshari menceritakan kepada kami, Ma'an memberitahukan kepada kami, Malik bin Anas memberitahukan kepada kami dari Yazid bin Abdullah bin Al Hadi dan Muhammad bin Ibrahim dari Abu Salamah dari Abu Hurairah berkata: Rasulullah saw bersabda: "Sebaik-baik hari selama matahari terbit adalah hari Jumaat, pada hari itu diciptakan Nabi Adam, pada hari itu dia dimasukkan syurga dan pada hari itu juga dia diturunkan dari syurga. Pada hari itu ada waktu dimana hamba muslim solat tepat pada waktunya. Padalah saat sesudah asar, Allah, maka Allah akan mengabulkan permintaannya". Abu Hurairah berkata: "Saya bertemu dengan Abdullah bin Salam, kemudian menuturkan hadis itu dengannya, maka ia menjawab: "Saya tahu waktu yang mustajab itu". Saya bertanya kepadanya: "Ceritakanlah kepadaku dan jangan bakhil". Kemudian dia menjawab: "Iaitu waktu sesudah asar sampai terbenamnya matahari". Saya berkata: "Bagaimana boleh terjadi sesudah asar padahal Rasulullah saw telah bersabda: "Dimana hamba muslim solat tepat pada waktunya. Pahal saat sesudah asar, kita tidak solat?" Abdullah bin Salam berkata: "Bukankah Rasulullah telah bersabda: "Barangsiapa duduk disuatu majlis, yang ia menunggu solat, maka sama halnya didalam solat?*' Saya menjawab: "Ya". Maka ia berkata: "Ya, itu dia". Di dalam hadis ada ceritanya yang panjang. Abu Isa berkata: "Hadis ini sahih". Kemudian ia berkata: "Erti hadis: "Akhbirni biha Wa Laa Tadhnin Biha Alayya". "Dhanin" ertinya bakhil. Tetapi kalau "Zhanin" ertinya yang tertuduh.

234  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0377.
Berita dari Humaid r.a. menceritakan, bahawa Anas pernah ditanya orang, "Adakah Rasulullah saw. memakai cincin?" Jawab Anas, "Ada!" Pada suatu malam Rasulullah saw. menangguh solat Isyak hingga sampai tengah malam. Sesudah solat, Rasulullah menghadapkan muka beliau kepada kami sambil bersabda: "Orang-orang telah solat bahkan mereka telah tidur. Tetapi kamu semua dianggap seperti berada dalam solat, selama kamu menanti-nanti solat itu. Kemudian Anas menambahkan, "Seolah-olah tampak olehku kilat cincin Nabi ketika itu."

235  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0470.
Qutaibah menceritakan kepada kami, Malik bin Anas memberitahukan kepada kami dari Abu Bakar bin Umar bin Abdurrahman dari Sa'id bin Yasar berkata: "Saya bersama Ibnu Umar disuatu perjalanan, saya tertinggal darinya". Maka Ibnu Umar bertanya: "Di mana kamu?" Saya menjawab: "Mengerjakan solat witir". Ibnu Umar berkata: "Bukankah Rasulullah saw itu menjadi suri tauladan bagimu? Saya melihat Rasulullah saw mengerjakan solat witir di kenderaannya." Di dalam bab ini terdapat hadis dari Ibnu Abbas. Abu Isa berkata: "Hadis Ibnu Umar adalah hadis hasan sahih. Sebahagian ahli ilmu dari sahabat-sahabat Nabi saw dan yang lainnya sependapat dengan hadis ini, mereka berpendapat boleh seseorang mengerjakan solat witir di atas kenderaannya. Seperti inilah pendapat Syafi'i, Ahmad dan Ishaq. Sebahagian ahli ilmu yang lain berkata: "Tidak boleh mengerjakan solat witir di atas kenderaannya, jikalau ia ingin mengerjakan solat witir ia harus turun dan mengerjakan di atas bumi". Seperti inilah ucapan beberapa orang ahli Kufah.

236  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0828.
Dari Nu'man bin Basyir r.a., katanya: "Rasulullah saw. biasa membaca dalam solat dua hari raya dan solat Jumaat, Surah Al A'la dan Surah Al Ghasyiyah. Bahkan bila solat hari raya dan solat Jumaat bertemu dalam satu hari, beliau juga membaca kedua surah tersebut dalam kedua solat itu."

237  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0737.
Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Pada suatu malam aku bermalam di rumah bibi ku Maimunah, isteri Nabi saw. Tengah malam Nabi saw. bangun, lalu dia pergi buang hajat, kemudian mencuci tangan dan muka, sesudah itu beliau tidur. Kemudian beliau bangun pula pergi ke qirbah (tempat air), lalu dibukanya tutupnya. Beliau berwuduk dengan sempurna, tanpa memakai banyak air tetapi mencukupi. Sesudah itu beliau solat. Lalu aku bangun terus tegak, kerana aku tidak ingin beliau tahu bahawa aku memperhatikannya. Kemudian aku mengambil wuduk dan setelah itu berdiri di sebelah kiri beliau mengikuti beliau solat. Beliau mengambil tangan ku, dan memindahkan ku ke sebelah kanannya. Malam itu Rasulullah saw. solat tiga belas rakaat. Kemudian beliau berbaring, lalu tertidur sampai beliau mendengkur. Kemudian kedengaran Bilal melantangkan azan solat Subuh. Beliau bangun dan pergi solat Subuh tanpa mengulang wuduk lebih dahulu. Di dalam doanya beliau membaca : "Allhummaj'al fi qalbi nuran, wafi bashari nuran, wafi sam'i nuran, wa 'Qn yamini nuran, wa 'an yasari nuran, wafauqi nwrm, wa tahti nuran, wa amami nuran, kuzlli nuran, wa 'azhzhim li nuran." Wahai Allah Berilah cahaya dalam hati ku, dalam penglihatan ku, dalam pendengaran ku, di kanan dan kiri ku, di atas dan di bawah ku, di hadapan dan di belakang ku, dan bermalam cahaya itu bagi ku.

238  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0793.
Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya: "Rasulullah saw. pernah mengimami solat takut beberapa bulan. Mula-mula beliau solat satu rakaat dengan satu pasukan, sedangkan pasukan yang lain berjaga-jaga menghadapi musuh. Setelah satu rakaat, rombongan pertama berjaga-jaga, dan rombongan kedua solat mengikuti Rasulullah saw. satu rakaat. Sesudah itu masing-masing rombongan mencukupkan solat mereka satu rakaat lagi. Kata Ibnu 'Umar, "Apabila perang telah berkecamuk, maka beliau solat di atas kenderaan atau sambil berdiri. Sedangkan rukuk, sujud dan sebagainya dilakukan dengan isyarat (kepala atau mata)."

239  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 1074.
usuf bin Isa menceritakan kepada kami,Wakie' memberitahukan kepada kami,Israil dan Syarik memberitahukan kepada kami dari dari Simak bin Harb dari Jabir bin Samurah;sesungguhnya seorang lelaki bunuh diri,maka Nami saw tidak mensolatinya." Abu Isa berkata:"Hadis ini hasan.Orang-orang ahli ilmu berbeza pendapat di dalam hadis ini, sebahagiannya berkata:Disolati orang mati yang ia Solat menghadap ka'bah,begitu juga orang mati kerana bunuh diri,ini adalah pendapat Sofyan As Tsauri dan Isyaq.Ahmad berkata:Iman tidak boleh mensolati orang bunuh diri,tetapi boleh mensolati selain imam.

240  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0795.
Dari Jabir r.a., katanya dia pernah solat takut bersama Nabi saw. Mula-mula beliau solat dengan salah satu dari dua pasukan dua rakaat. Kemudian beliau solat pula dengan pasukan yang lain dua rakaat pula. Kerana itu Nabi saw. solat empat rakaat, di mana beliau solat dengan masing-masing pasukan dua rakaat."